Testimony

"Saya seluruh keluarga memang kaki spa. Hampir setiap hujung minggu saya, emak dan

adik beradik wanita terutamanya, selalu membuat rawatan spa. Mungkin kerana banyak

terdedah kepada rawatan spa di dalam dan luar negara, kami sangat cerewet kala memilih

spa mana hendak dikunjungi. Selalunya kami ke spa di hotel terkemuka di pusat bandaraya

Kuala Lumpur walaupun ia agak berjauhan dengan tempat tinggal kami di Kelana Jaya.

Sehinggalah pada suatu hari  ketika saya mengunjungi doktor peribadi saya  di salah

sebuah hospital terkemuka, dalam perbualan mengenai mengurangkan stress, beliau telah

mencadangkan nama Serenity Spa. Katanya beliau adalah pelanggan tetap Serenity Spa

dan telah mengambil pakej yang berterusan di sana selama hampir 2 tahun.

 

Saya memang sering mendengar nama Serenity Spa dicadangkan oleh beberapa kawan,

namun saya tidak begitu memberi perhatian kearana saya mempunyai "impression" yang

adak rendah terhadap salun atau spa milik bumiputera berdasarkan beberapa pengalaman

saya dan keluarga sebelum ini. Namun, apabila mendengar cerita dari doktor saya, hati

saya amat tertarik untuk mencuba Serenity Spa.

 

Setelah berjaya memujuk kakak saya untuk sa,a-sama ke Serenity Spa setelah saya

mempelawa untuk membayar, maka kami berdua telah menempah 2 rawatan yang berbeza

iaitu 4-Step Full Body dan Intensive Brightening Facial. Kedua-dua rawatan  mengambil

masa lebih 2 jam.

 

Sungguh, saya tidak menipu untuk mengakui bahawa saya telah jatuh cinta pandang

pertama dengan Serenity Spa. Bukan sahaja dekorasi dan suasana spanya menakjubkan

saya, malah juruterapi yang merawat saya iaitu Shaz sangat lembut, bersopan santun dan

berwajah manis menawan. Rawatan sweedish serta sentalan scrub kopinya pula sangat

mengasyikkan. Ketika mandian rendaman susu, saya telah memutuskan untuk terus

mengambil pakej 10 kali pabila hendak membuat bayaran nanti.

 

sebaik habis rawatan ketika sedang minum teh herba, kakak saya menemui saya dengan

senym simpul "Tak payah belanja, aku dah bayar sendiri sebab aku sign-up untuk pakej 10

kali", katanya tesenyum lebar.

Wah! Saya baru merancang nak ambil pakej 4-step Full Body, rupa-rupanya kakak lagi cepat

dan membayar untuk pakej Intensive Brightening Facial.

Paling saya puji, Serenity Spa membenarkan pelanggannua menempah pakej rawatan 10

kali dengan tiga kali bayaran. Kalau macam tu, sesiapa pun mahu! Dah tu, kad pakej boelh

pula diberikan kepada rakan serta kaum keluarga lain untuk digunakan. Kiranya kami

sekeluarga sekarang berkongsilah. Minggu hadapan saya akan datang kembali untuk

melakukan rawatan muka bersama ibu, menggunakan kad pakej milik kakak saya.

 

Betullah kata Puan Mona, pemilik Serenity Spa, beliau membuka pusat rawatan yang

sangat cantik inin sebagai sumbangan kepada orang ramai untuk berkongsi kehidupan yang

sangat indah dan mendamaikan ini. Terima Kasih Serenity Spa.

 

Atilla, Kelana Jaya